WAJIB UMRAH

WAJIB UMRAH

Wajib Umrah :- Ialah kewajipan amalan mesti dilakukan sebagai pelengkap rukun. Sekiranya tertinggal salah satu atau sengaja meninggalkanya, Umrahnya tetap sah tetapi tidak sempurna dan dikenakan dam (denda) dan jika ditinggalkan secara sengaja adalah berdosa. Jika tidak dibayar dam, tergantunglah pahala amalannya di antara langit dan bumi.Wajib Umrah ada dua perkara iaitu :-

1.     Melakukan niat umrah di miqat .

2.     Menjauhi segala larangan semasa ihram.

MIQAT

Miqat bermaksud sempadan waktu atau tempat untuk memulakan niat ihram haji atau umrah.

Miqat terbahagi kepada 2 :

a)      Miqat Zamani

Pengertiannya adalah sempadan masa untuk mengerjakan ibadat umrah. Jumhur Ulama’ sependapat bahawa ibadat umrah itu harus dikerjakan sepanjang tahun pada bila bila masa sahaja,dengan kata lain miqat zamani bagi ibadah umrah adalah seluruh tahun. Menurut  Mazhab Maliki dan Hanafi pula ibadat Umrah adalah sunat. Rasulullah s.a.w telah melakukan umrah sebanyak 4 kali, semuanya dalam bulan Zulkaedah kecuali yang dilakukan bersama dengan hajinya. Kali pertama baginda melakukannya dalam tahun keenam hijrah dilakukan dari Hudaibiyah, kali kedua pada tahun ketujuh hijrah iaitu umrah qada’, kali ketiga dalam tahun kelapan hijrah. Iaitu tahun pembukaan Makkah dan kali keempatnya dikerjakan bersama dengan hajinya iaitu berihram pada bulan Zulkaedah dan melakukan Umrah pada bulan Zulhijjah. Mengikut Mazhab Syafi’i dan Hanbali, adalah tidak menjadi kesalahan untuk seseorang itu melakukan umrah berulangkali dalam satu tahun. Ini kerana ‘Aisyah sendiri melakukan umrah dua kali sebulan dengan suruhan daripada Rasullullah s.a.w. Kali pertama dilakukan bersama ibadat haji (Haji Qiran) dan kali kedua selepas dia selesai mengerjakan haji.. Ulama’ Mazhab Maliki pula menganggap makruh diulang ibadah umrah dalam tahun yang sama.

Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram.

b)    Miqat Makani :

Dari segi bahasa, miqat makani bererti sempadan tempat, tetapi mengikut istilah syara’ ia bererti tempat yang ditentukan untuk ibadat tertentu. Seseorang itu tidak harus melintasi sempadan miqat tanpa berniat ihram, jika tidak, maka di perlulah membayar dam ataupun kembali semula ke sempadan miqat.

Sempadan Sempadan MIqat

1)   Yalamlam – Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.

2)   Zulhulaifah – Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.

3)    Juhfah – Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.Jaraknya lebih kurang 187 km dari Mekah pada arah barat laut.

4)   Qarnul Manazil – Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.

5)  Dinamakan Zaatul Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.

6)  Mekah (dari rumah mereka) – Untuk penduduk Mekah sendiri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s