SOLAT DALAM KAPALTERBANG

CARA MENGERJAKAN SEMBAHYANG DI DALAM KAPAL TERBANG

Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil air sembahyang kerana akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai yang akan membahayakan penerbangan. Di masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan. Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara sembahyang di dalam kapal terbang bolehlah dibuat seperti berikut :
1. Sembahyang dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan isyarat sahaja di mana kita seolah-olah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok. ( Tidak perlu ada air sembahyang, tidak perlu menghadap Kiblat dan tidak perlu mengikut syarat-syarat sah lain yang diperlukan ).

2. Apabila turun di Lapangan Terbang dan waktu masih ada, wajiblah sembahyang berkenaan diulang semula dan jika sudah habis waktu, wajiblah sembahyang berkenaan diqada’kan.
LAFAZ NIAT

Lafaz Niat Sembahyang Qasar serta Jamak

1. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taqdim

” Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala “.

Selepas itu terus sembahyang Asar

” Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala “.
2. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Zohor dengan Asar Taakhir

” Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan kepada Asar kerana Allah Taala ”

Selepas itu terus sembahyang Asar

” Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala “.
3. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taqdim

” Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah Taala “.

Selepas itu terus sembahyang Isyak

” Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala “.

4. Lafaz niat sembahyang qasar/ jamak Maghrib dengan Isyak Taakhir

” Sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isyak kerana Allah Taala “.

Selepas itu terus sembahyang Isyak

” Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala “.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s