PANDUAN WUDUK 4 MAZHAB

PANDUAN MENGAMBIL WUDHU’ MENURUT 4 MAZHAB

1. MAZHAB SHAFIE

RUKUN – RUKUN

1. Niat

2. Membasuh Muka

3. Membasuh dua tangan hingga dua siku

4. Menyapu sedikit daripada kepala

5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali

6. Tertib

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’

1. Keluar sesuatu dari kubul atau dubur kecuali air mani

2. Hilang Tamyiz

3. Pitam atau gila atau mabuk

4. Tidur duduk yang tidak tetap dua papan punggung

5. Bersentuh kulit badan lelaki dan perempuan yang halal bernikah tanpa berlapik samada bersyahwat atau tidak

6. Menyentuh kemaluan manusia kubul atau dubur dengan tapak tangan tanpa berlapik

2. MAZHAB HANAFI

RUKUN-RUKUN

1. Membasuh Muka

2. Membasuh dua tangan hingga dua siku

3. Menyapu suku ( 1/4 ) daripada kepala

4. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’

1. Apa jua yang keluar dari kubul atau dubur

2. Hilang Tamyiz

3. Berasa pitam, gila atau mabuk

4. Tidur duduk yang tidak tetap dua papan punggung

5. Ketawa berdekah-dekah dalam sembahyang yang didengari oleh orang sebelah

6. Bersentuh yang keterlaluan dan tidak berlapik

7. Keluar najis seperti darah atau nanah

8. Muntah

3. MAZHAB HAMBALI

RUKUN RUKUN

1. Membasuh Muka

2. Membasuh dua tangan hingga kedua siku

3. Menyapu semua kepala

4. Membasuh dua kaki

5. Tertib

6. Berturut-turut

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’

1. Apa jua yang keluar dari kubul atau dubur

2. Tidur kecuali tidur ringan samada berdiri atau duduk

3. Menyentuh kemaluan manusia tanpa berlapik

4. Menyentuh perempuan yang halal dinikahi dengan syahwat

5. Makan daging unta

6. Murtad

7. Memandikan mayat

8. Keluar apa jua najis dari tubuh badan

4. MAZHAB MALIKI

RUKUN RUKUN

1. Niat

2. Membasuh Muka

3. Menyapu dua tangan hingga kedua siku

4. Menyapu semua kepala

5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali

6. Menyegerakan

7. Menggosok/ menyedut air

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’

1. Apa jua yang keluar dari kubul atau dubur

2. Tidur nyenyak

3. Hilang akal seperti mabuk atau gila atau pitam

4. Murtad

5. Syak dalam hadas

6. Menyentuh kemaluan lelaki tengan tapak tangan

7. Bersetubuh dengan yang baligh dengan syahwat dan bertujuan untuk berlazat-lazat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s