DAM

DAM Dam pada bahasa bererti darah dan pada Istilah hukum syarak bererti denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang dan salah satu bentuk fidyah yang dikenakan samada dilakukan secara sengaja,tersalah atau pun tidak tahu. Mengikut pendapat Ulama’ Syafi’i, satu dam bersamaan dengan seekor kambing dan hendaklah bersedekah dagingnya ataupun berpuasa selama 3 hari ataupun memberi makanan kepada 6 orang miskin, setiap seorang diberikan sebanyak setengah gantang. HIKMAH DAM 1) Menampung kekurangan dalam ibadat haji/umrah 2) Berhati-hati melaksanakan Ibadat haji/umrah 3) Meringankan bebanan jemaah haji/umrah Dam terbahagi kepada 4 jenis iaitu : Dam tertib takdir, Dam tertib takdil, Dam takhyir takdir dan Dam takhyir takdil. JENIS-JENIS DAM 1) Dam tertib takdir Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir) Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti. KESALAHAN 1) Tidak berihram di miqat 2) Mengerjakan haji secara qiran atau tamattuk 3) Luput waktu di Arafah 4) Tidak bermalam di Mina 5) Tidak melontar jamrah 6) Tidak menepati Nazar yang berkaitan ibadat haji BAYARAN Menyembelih seekor kambing  Sekira tidak mampu Berpuasa 10 hari ,  3 hari di Makkah dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing Bagi jemaah yang meninggalkan tawaf wida’ hendaklah berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari di tempat masing masing.   2) Dam tertib takdil Ialah dam yang boleh ditaksirkan (harganya) dan boleh ditukar kepada benda lain mengikut kemampuan masing-masing KESALAHAN 1) Melakukan persetubuhan sebelum tahalul. BAYARAN Menyembelih seekor Unta  Sekira tidak mampu  Menyembelih seekor Lembu  Sekira tidak mampu Menyembelih 7 ekor kambing  Sekira tidak mampu  Membeli makanan dengan nilai harga unta dan disedekahkan kepada fakir miskin. Sekira tidak mampu  Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta. 2) Terhalang daripada memasuki Mekah setelah berniat ihram BAYARAN Menyembelih seekor kambing dan bercukur Sekira tidak mampu  Membeli makanan dengan nilai harga kambing dan bercukurSekira tidak mampu Membeli makanan dengan harga kambing disedekahkan kepada fakir miskin  Sekira tidak mampu Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga kambing.   3) Dam takhyir taqdir Boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri (takhyir) KESALAHAN 1) Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki 2) Memakai bau-bauan. 3) Memotong kuku. 4) Bersetubuh kali kedua sebelum tahalul awal BAYARAN Menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin Atau  Bersedekah 2 cupak makanan kepada enam orang fakir miskin Atau  berpuasa selama 3 hari  4) Dam takhyir takdil Ialah pembayarannya bergantung kepada pilihan sendiri dan tidak ditetapkan tetapi berdasarkan harga sebanding. KESALAHAN 1) Berburu binatang darat. 2) Menebang, memotong, atau mencabut pohon d Tanah Haram BAYARAN Menyembelih binatang ternakan yang sebanding dengan binatang buruan itu. Atau  Membeli makanan dengan nilai harga binatang buruan itu. Atau  Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli dengan harga binatang buruan itu.   FIDYAH Fidyah bercukur kerana keadaan terdesak, memakai pakaian dan memakai wangi-wangian: Dipilih di antara tiga perkara, iaitu: Berpuasa tiga hari atau Memberi makan kepada enam orang fakir miskin dimana setiap seorang diberikan setengah gantang atauMenyembelih seekor kambing, berpandukan kepada firman Allah Taala yang bermaksud: Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia  membayar Fidyah, iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam.   Mereka yang membunuh binatang buruan yang mudah didapati: Boleh memilih jenis Fidyah samada menggantikannya dengan binatang dari jenis yang sama atau menilaikannya dengan wang untuk membeli makanan dimana untuk setiap orang fakir miskin diberikan satu cupak atau berpuasa satu hari untuk setiap cupak. Mereka yang membunuh binatang buruan yang susah didapati: Boleh memilih samada memberi makanan atau berpuasa. Fidyah kerana menggauli isteri: Sama dengan Fidyah bercukur kerana terpaksa. Fidyah bersetubuh: Sekiranya berlaku sebelum Tahallul Awal: Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari dalam musim Haji dan tujuh hari apabila kembali ke tanah air. Sekiranya berlaku selepas Tahallul Awal: Fidyahnya sama sebagaimana Fidyah bercukur kerana terpaksa. Perlu diingatkan bahawa sebelum kembali ke tanah air atau meninggalkan Makkah, hendaklah diteliti amalan amalan Umrah yang kita lakukan itu ada kecacatan atau tersalah dan hanya kita dan Allah sahaja yang tahu kesalahan kita. Jika dikenakan dam, hendaklah ditunaikan di Makkah kerana tidak boleh dibayar ditempat lain kecuali berpuasa ganti mengikut peraturannya. Semoga amalan amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah S.W.T dan mendapat ganjaran yang tak ternilai disisinya. INSYAALLAH. WALLAH HU A’LAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s